Thursday, August 18, 2011

Hasil MengGoogle “Resepi Apam Polkadot”, Lahirlah Apam Ladybird Dan Bumble Bee

Korang tau tak, aku tak pernah makan apam polkadot. Kesian kan kan. Selalu tengok gambar je. Yang pasti apam polkadot sangat comel. Macam-macam warna ada. Disebabkan warna dan bentuknya yang sangat menarik hati itu, keinginan untuk memakannya pun menjadi tinggi lah. Nak beli tapi tak tau jual kat mana. Ada orang jual online, tapi bab-bab order online ni aku malas. Jadi, kena lah rajin untuk buat sendiri.

Nak buat kena lah tahu resepi dulu kan. Apa lagi, jawapannya – GOOGLE

Search : resepi apam polkadot

Bersepah resepi kat google tu.
Aku klik lah 3,4 link. Tengok semua resepi sama je. Cara-cara pun sama. Tapi agak tak detail lah. Google lagi, al maklumlah first time buat, kena lah paham cara yang betul-betul. Nanti tak jadi kan membazir + kecewa pulak. Google “step by step cara membuat apam polkadot” pulak. Ok, kali ni kefahaman tentang cara membuat apam dah lebih. Ok, apa lagi, terus copy resepi masuk microsoft word. Zaman serba canggih. Tak payah ambil pen dan kertas dah sekarang. *padahal pemalas*

Dah cuba buat, Alhamdullillah menjadi. Masak cantik semua tapi tapi, apam ni agak keras lah. Atau pun apam ni memang keras eh? Aku tak pernah beli sebelum ni. Tak tau lah pulak tekstur dia macam mana sebenarnya. Akibat tak puas hati hasil cubaan pertama ni, aku pun google lagi. Kot-kot lah ada resepi apam yang lembut sikit. Tapi semua resepi sama saja. =_=

Tup tup, nasib baik aku ada terperasan ada komen dari seorang akak ni, dia cakap kena kurangkan tepung, tambahkan susu. Aku pun buat untuk cubaan kedua pulak. Lembut sikit lah dari cubaan yang pertama tu. Resepi asal dari SINI. Tapi cara membuatnya aku edit-edit sikit. Meh nak ajar cara membuat apam polkadot step by step. Eceh!

Bahan-bahan:
• 3 biji telur - dari peti sejuk
• 250 gm tepung gandum
• 220 gm gula halus
• 160 ml susu segar
• 3 sudu teh baking powder
• 1 sudu kecil ovallete
• 1 sudu the esen vanilla
• Blueberry filling
• Pewarna
* Aku pun tak tau kenapa guna telur dari peti sejuk. Guna je lah.
** Filling tu suka hati nak letak filling apa. (strawberry, chocolate). Kat kedai kek ada jual.
*** Susu tu kalau nak guna susu cair pun boleh.

Cara Membuatnya:

1. Masukkan gula, telur, esen vanilla dan ovallet ke dalam mangkuk mixer. Pukul dengan kelajuan maxima hingga kembang. (pukul hingga adunan menjadi warna putih, lebih kurang 7-8 minit)
2. Bila dah kembang, masukkan susu, tepung dan baking powder. Pukul lagi hingga adunan sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Masukkan pewarna mengikut citarasa anda. Kacau adunan tadi dengan pewarna hingga sebati (hingga adunan tu nampak licin dan berkilat)
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag.

acuan lompang
Semua warna aku nak letak.
Hujung sekali sebelah kanan tu blueberry filling.

5. Bila dah selesai masukkan adunan ke dalam piping bag semua, sediakan mangkuk kertas pulak. Susun mangkuk kertas ke dalam acuan lompang.

piping bag
Mangkuk kertas dimasukkan ke dalam acuan lompang supaya bentuk apam tu nanti maintain. Takda lah kembang semangkuk nanti.

6. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas. Make sure gunting hujung piping bag tu elok-elok. Nanti bila buat dot dot tu baru lah nampak bulat elok.
7. Lepas tu, picitkan pulak blueberry filling secukupnya.
8. Picitkan adunan selebihnya sehingga ¾ penuh mangkuk kertas.
9. Dot dot kan dengan warna berlainan.
10. Kukus selama 10-15 minit. Make sure air kukusan tu dah dipanaskan dulu sebelum mengukus.

* Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana/kecil. Masa nak panaskan air kukusan tu takpa lah kalau guna api besar pun.
** Masa mengukus tu pastikan air titisan kukus tak menitik atas apam. Pandai2 lah cover penutup periuk dengan kain atau pun aluminium foil ke.
**** Lepas apam dah masak, biarkan sejuk. Bila dah sejuk, terus simpan dalam bekas kedap udara. Kalau biar terdedah nanti apam cepat keras.

SIAP!!! Sebelum buat tu baca lah bismillah dulu. Insya Allah jadi.

Ini hasil tangan saya.

apam polkadot
Apam polkadot. Hambik kau macam-macam warna ada.

apam bumble bee
Ini hasil kerja yang kononnya kreatif sikit. Apam Bumble Bee.

apam polkadot ladybird
Apam polkadot Ladybird pom boley

Nomey nomey kan. Ngeh3!! Bila dah buat comel comel ni aku rasa sayang pulak nak makan. Makan yang tak comel je dulu. Yang comel simpan. =p

apam polkadot
Ini apam yang sebelum dikukus.

P/s: Menarikk. SINI. Klik jangan tak klik!!

LIKE? :)

90 comments:

n a d e a said...

comelnyaaaaa !!!
ni mmg takde rasa nak mkn sbb comel sgt ;)

Ninie said...

comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!! leh ganti cupcakes ni. hehe eh jap, kertas utk apam tu tak basah ke pas kukus? tak tkoyak ke nti?

Amirrah Zawani said...

@ n a d e a:
tu lah.. i makan yg tak berapa nak comel.. yg comel2 simpan.. haha :)

Hans said...

hehehe
cantik n comel
tapi kalau ada dpn mata den
den makan jer
hehee

Amirrah Zawani said...

@ Ninie:
tu lah mcm cupcake pulak.. tak basah sebab cup tu dimasukkan dalam acuan lompang masa kukus tu.. )

Amirrah Zawani said...

@ Hans:
haha!! tu lah kan.. sampai bila nak simpan.. last2 masuk mulut gak la :)

starzieti said...

comelnye !!! nt nak try buat jugak lah. hee ~

remot213 said...

comelnye apam bumblebee tue !
nak nak ! haha ;D

M@M@ SH@RIDZ said...

eee.... sedapnya... comel pulak tu..

Amirrah Zawani said...

@ starzieti:
nti buat la.. senang je :)

Amirrah Zawani said...

@ remot213"
nak datang la sni.. ada lagi ni.. hehe =p

Amirrah Zawani said...

@ M@M@ SH@RIDZ:
nti cuba lah buat.. weee!! :)

Aeen said...

cutenye apam 2........sweet jer...sayang pulak nak makan..hehe

Amirrah Zawani said...

@ Aeen:
i makan yg buruk2 dlu.. yg comel2 simpan.. hahah =p

Mila Ahmad said...

lady bird 2 kiut giler nak satu?

Amirrah Zawani said...

@ Mila Ahmad:
datang la sini.. nak 2 pom boley :)

Chuu Muqhlis said...

waa comelnye apam!
mesti kne buat dgn tekun kan

Nur Fatin Nabila Zeeyan said...

Comelnya. Susah tak nak dapat barang2 dia? Nak cuba :)

ieda said...

dikkkkkkkkkkk rindunyaa akak
dah lama x update .. kemana menghilang ??

uikkk ayam poladot .. kasi suspen tau ekekek :)

Amirrah Zawani said...

@ Chuu Muqhlis:
agak tekun la kot.. haha!! tp senang je sebenarnya :)

Amirrah Zawani said...

@ Nur Fatin Nabila Zeeyan:
barang2 dia senang je.. cari kat kedai kek semua ada :)

Amirrah Zawani said...

@ ieda:
ada je kak.. cuma dlu agak jarang update sbb kerja.. hehe!! ayam poladot pulak dah =p

belogkiter said...

lapar lah pulak

Amirrah Zawani said...

@ belogkiter:
jgn tgk lama2 =)

*Ms.Serry Fatieha said...

oic senang pula nampak resepi ni.. nanti nak try la...

wannurfazrini said...

mcm tak sampai hati nak makan! comel sgt!

~Nana 귀여운~ said...

ya ampun mbakk!!! tomey beben0 !! nakkk..hehehe

sizuka[Izzati] said...

wah kreatip gila mira!

cik nur said...

comel jaaa rasa mcm nak letak pinggan pastuh tgk jer boleh hahaah

Nurul uNaz said...

: AWESOME !
kau ptt tunjuk gambar hat before apam tu msk . aku nak tgk cemana ko mix kn adunan tu . comey siyodddd !

boleh la buat biz apam lps ni .

Amirrah Zawani said...

@ *Ms.Serry Fatieha:
mmg senang pun.. selamat mencuba :)

Amirrah Zawani said...

@ wannurfazrini:
tu la i pun sama lah.. syg nak makan kot :)

Amirrah Zawani said...

@ ~Nana 귀여운~:
weee.. nak datang la umah :)

Amirrah Zawani said...

@ sizuka[Izzati]:
biasa2 je.. boleh lah :)

Amirrah Zawani said...

@ cik nur:
boleh sajaaaa ;)

Amirrah Zawani said...

@ Nurul uNaz:
aku tnjuk kat tweeter je lah.. bizness eh.. kalau ada org nak boleh je.. weee :)

azie.azureEn said...

hah ape lagi amek tempahan raya! :DD

ladybird sangat comel. rase mcm nak lepaskan bagi terbang masuk mulut :P

Amirrah Zawani said...

@ azie.azureEn:
ada ke org yg nak tempah?? huuu =_=
cepat2 nganga mulut.. nti dia masuk la =P

khadijah said...

comelnye.. nak try la... kite kene lukis sendiri ke? saye tak kreatif la, takot tak jadi..:)

encik 10 minit said...

comel aih

kura said...

Eh! comel! Nk buat gak?

Nnt nk suh mak stalker blog ni. suruh dia buat semua ramuan. dah siap, tang hias2 baru sy buat. eheh! hahah

Amirrah Zawani said...

@ khadijah:
yeap2.. kena lukis sendiri.. tak kretif buat titik2 je.. try la senang je :)

Amirrah Zawani said...

@ encik 10 minit:
wow nama.. eheh!! tenkiu2 :)

Amirrah Zawani said...

@ kura:
haha!! jgn la suruh mak stalk.. malu la ai =p

wahh kura pandai hias eh.. weewit :)

Hans said...

hahaha
tahu xper
rugi la kalau sayang nak makan
benda tu kalau xmakan lama2 naik kulat
hilang juga kecomelan kalau naik kulat
so mesti kena makan
dah penat2 buat
:-)

Amirrah Zawani said...

@ hans:
hahaha!! kalo biar kulat rugi la.. penat2 buat kan.. tp kalo dah lapar comel ke tak makan la jugak :)

~: nisa :~ said...

comel cam tukang masaknya....

Amirrah Zawani said...

@ ~: nisa : ~:
ececehh puji lebih sgt tu =p

kura said...

xde apew nak dimalunyeewww. haha..

er. perli lettew -,,-

twinkle twinkle said...

bertuah suami akk dpt binipandai masak :D

Amirrah Zawani said...

@ kura:
hahaa!!! mana ada perli.. betullah :)

Amirrah Zawani said...

@ twinkle twinkle:
err, tak pandai pun.. biasa2 je.. kuih n kek boleh lah.. cuba suruh masak lauk2.. mmg fail la =_=

Puteri Iqa Izyan said...

huarghhhh.. comel~~

nak buat lah lepas ni. hee

wunny said...

wah! comel ni,.. kne try ni. :):)

ashikinzulkefli said...

mccccmm bes je :))

azalia hjsalleh said...

alolo chumelnyaaaaaa !
nak mkn pun x sampai hati sbb chumel sgt

peep said...

lawa2.. :)

saharinasaharudin said...

comelnyee.excited nk try jugk :)

KB Emily said...

terernye amirah buat..pandai betul...xreti la camne nk buat corak2 nye.buat la video.upload kt utube.

Amirrah Zawani said...

@ Puteri Iqa Izyan:
selamat mencuba u :)

Amirrah Zawani said...

@ wunny:
jgn lupa try tau.. senang je :)

Amirrah Zawani said...

@ ashikinzulkefli:
try lah nti :)

Amirrah Zawani said...

@ azalia hjsalleh:
makan yg tak berapa comel dlu.. yg comel last2 baru makan.. haha ;)

Amirrah Zawani said...

@ peep:
hee thanx :)

Amirrah Zawani said...

@ saharinasaharudin:
try lah.. nti gtaw la i nak tgk gak hasilnya :)

Amirrah Zawani said...

@ KB Emily:
errr tak payah video la kot.. senang je.. dot dot kan je.. :)

n.i.k said...

polka dot yummy yummy;)

alia shahira said...

OMG comelllllll gileeeeeeeeee apam tuee! syaang gileee nak makan la hahah!

Amirrah Zawani said...

@ n.i.k:
dot dot dotttt :)

Amirrah Zawani said...

@ alia shahira:
ngeh3!!!.. buat la.. senang je :)

alinac lover said...

hebat~

Amy Syaquena said...

Comelya dear , kalau ada depan mata nie memang x tergamak nak makan sebab comel sangat ha...


http://www.sinarraudah.com/2011/08/teguran-dari-salah-seorang-blogger.html

Nur Hafiqa Ismail said...

mmg sedap...fiqa ade wat ms puasa..bg jiran2....klu wat kecik2,mmg comey giler la...:)

bella lim said...

:OOO saya suka benda comel comel gini. :D bakat!

d_LA said...

sumpah comellllll !!! nak order ngan mirra la camni..hehe

Amirrah Zawani said...

@ alinac lover:
hish biasa je yong :)

Amirrah Zawani said...

@ Amy Syaquena:
i makan jugak akhirnya... mula2 syg la.. hehe :)

Amirrah Zawani said...

@ Nur Hafiqa Ismail:
i pun ada gak bg jiran sikit2.. hehe.. amalan mulia di bulan puasa :)

Amirrah Zawani said...

@ bella lim:
suruh la kakak kamu buatkan :)

Amirrah Zawani said...

@ d_LA:
eceh dila.. malu ai camni kalo tak sedap =p

Solihin Zubir said...

woahhh... comey2.. mmg berbakat la.. hehehe... bleh bukak kedai..

Amirrah Zawani said...

@ Solihin Zubir:
buka kedai takut tak laku pulak.. reti buat yg ni ja.. haha =)

Cik Senyum (CS) said...

Assalamualaikum. Saya dah buat apam ni malam tadi dengan anak2. bestlah aktiviti mengedot bersama2 family. Hasilnya pun sedap. Anak2 bawa bekal ke sekolah. Terima kasih di atas resepi yang best ini

Teha Nur Fateha said...

comel la akak buat.hehe..acuan lompang tu kat mana ada jual ek?

Anonymous said...

asalamualaikum. very chantique & cutey mutey. xcellent alternative aftr cupcakes. truly Malaysian. Akan ku usahakan utk buat. tq for the resepi & panduan./Fari

asha azizi said...

Byk2 blog y saya view..blog awk sya y bg tawu detail seperti apam tu perlu ltak dlm acuan lompang supaya ia tidak kembang...terima kasih share rahsia itu

asha azizi said...

Byk2 blog awk sorg jer y bgitahu apam tu hndak lah ltk di dlm acuan lompang sebelum kukus..terima kasih sbb share tips tu.. ;)

Mawar Putih said...

dah try buat, sangat comel n terus menjadi terimakasih bab sudi kongsi resepi anak2 acik pun sangat suka....

umiuwais said...

pndainye awk buat..sy nk try jugak lah..thanks kongsi resepi.. :)

Anisah said...

Assalamualaikum,

piping bag tu gunting di bahagian bawah..agak-agak saiz?